
Operasi Cegah Maksiat: Isteri orang ditahan bersama lelaki berkhalwat dalam kereta
KUNAK: Seorang wanita yang berstatus isteri orang ditahan bersama seorang lelaki selepas dipercayai berkhalwat di dalam sebuah kenderaan menerusi Operasi Cegah Maksiat yang dijalankan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Kunak, semalam.
Menurut JHEAINS Kunak, pemeriksaan mendapati pasangan terbabit berada bersama di dalam kenderaan dalam keadaan yang disyaki membawa kepada kesalahan khalwat.
Hasil semakan lanjut mendapati wanita berkenaan merupakan isteri orang.
Pasangan terbabit kemudian dibawa oleh penguat kuasa JHEAINS Kunak bagi tindakan dan siasatan lanjut mengikut peruntukan undang-undang syariah yang berkuat kuasa.
Dalam pada itu, JHEAINS mengingatkan masyarakat agar sentiasa menjaga batas pergaulan serta mengelakkan perbuatan yang boleh menimbulkan fitnah.
Menurutnya, perbuatan sedemikian bukan sahaja boleh membawa implikasi dari sudut undang-undang syariah, malah berpotensi memberi kesan terhadap institusi keluarga dan keharmonian masyarakat.


Leave feedback about this