Ekonomi

86 PATI Dicekup Dalam Operasi Imigresen Di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Seramai 86 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah di beberapa lokasi sekitar daerah ini pada 10 Jun lalu. Operasi yang dilaksanakan hasil aduan awam itu melibatkan 24 pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan JIM Sabah dan memeriksa seramai 125 individu. Daripada jumlah yang […]

Read More
Ekonomi

Wanita Ditahan, Sindiket Judi Online Tumpas di Kota Marudu

KOTA MARUDU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan kegiatan perjudian dalam talian selepas menahan seorang wanita tempatan yang dipercayai berperanan sebagai ejen dalam satu serbuan di Kampung Talantang 2, di sini.   Serbuan berkenaan dijalankan hasil maklumat orang awam yang disalurkan melalui QR Code Aduan Masyarakat. Dalam operasi itu, polis turut merampas beberapa peralatan elektronik […]

Read More
Ekonomi

JIM Sabah Gempur Kota Kinabalu, 55 Warga Asing Ditahan Dalam Tiga Operasi

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah terus mempergiat operasi penguatkuasaan menerusi beberapa siri operasi di sekitar Kota Kinabalu, yang menyaksikan seramai 55 warga asing ditahan. Dalam Ops Gegar, seramai 114 individu diperiksa dengan 22 warga Filipina ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, melibatkan 12 lelaki dan 10 wanita dewasa. Bagi […]

Read More
Ekonomi

Isu Diesel ‘Double Standard’? Pemuda PAS Persoal Harga Berbeza Semenanjung, Sabah & Sarawak

KUALA LUMPUR: Harga diesel yang berbeza antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak terus menjadi perhatian apabila Pemuda PAS mempersoalkan pelaksanaannya yang disifatkan tidak seimbang. Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat, Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi berkata, situasi itu menjelaskan mengapa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, tampil bersuara keras mengenai isu harga bahan bakar. Menurutnya, […]

Read More
Ekonomi

Penangguhan 40% Sabah Mengecewakan, Uji Komitmen Persekutuan – Pemuda UPKO

KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Nasional, Felix Joseph Saang, menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan Malaysia yang membenarkan penangguhan arahan pembayaran 40 peratus hak Sabah sebagai sesuatu yang amat mendukacitakan rakyat negeri ini. Menurutnya, keputusan itu bukan sekadar melibatkan aspek perundangan, tetapi turut menyentuh soal keadilan, maruah serta hak wilayah Sabah yang telah […]

Read More
Ekonomi

Ranau Tersenarai Bandar Paling Bahagia di Malaysia 2026

SHAH ALAM: Ranau mencipta kebanggaan apabila tersenarai sebagai antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2026, berdasarkan pengumuman Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Menurut kenyataan KPKT, pengiktirafan itu diberikan hasil penilaian terhadap tahap kesejahteraan penduduk serta kualiti hidup di sesuatu kawasan. Selain Ranau di Sabah, bandar lain yang turut tersenarai ialah Dabong […]

Read More
Ekonomi

Penangguhan 40 Peratus Sabah Undang Keraguan, Komitmen Persekutuan Dipersoal – Azrul

KOTA KINABALU: Penangguhan pelaksanaan bayaran 40 peratus hasil Sabah menimbulkan keraguan terhadap komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menunaikan hak negeri ini, kata Pemangku Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Azrul Ibrahim. Menurutnya, walaupun Kerajaan Persekutuan telah mengesahkan bahawa formula 40 peratus itu terpakai untuk Sabah serta keperluan semakan semula diakui, keputusan menangguhkan pelaksanaan […]

Read More
Ekonomi

Subsidi diesel bantu rakyat Sabah – Jamawi

TENOM: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Jamawi Jaafar merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas keputusan mengekalkan subsidi diesel di Sabah dan Sarawak. Beliau berkata, langkah itu amat penting memandangkan kebanyakan rakyat di negeri ini bergantung kepada kenderaan diesel, khususnya pacuan empat roda, berikutan faktor geografi, jarak antara pekan yang jauh serta keadaan jalan […]

Read More
Ekonomi

Hentikan provokasi, hormati kedudukan Sabah dalam Malaysia

  KOTA KINABALU:Sabah merupakan wilayah berdaulat dalam Malaysia dan sebarang kenyataan yang cuba menghidupkan semula tuntutan terhadap negeri ini perlu dihentikan kerana bercanggah dengan undang-undang antarabangsa serta prinsip hubungan diplomatik. Ahli Dewan Negara, Datuk Anna Bell @ Suzieana Perian, berkata kenyataan seorang senator Filipina yang menggesa tuntutan terhadap Sabah dihidupkan semula adalah tidak bertanggungjawab dan […]

Read More
Ekonomi

Tegur Nasi Belum Masak, Lelaki Cedera Ditetak Rakan Sekerja di Tawau

TAWAU: Hanya kerana menegur rakan sekerja yang belum memasak nasi, seorang lelaki cedera selepas ditetak menggunakan pisau pemotong ikan dalam kejadian di sebuah restoran di Kubota Sentral, semalam. Mangsa mengalami kecederaan pada tangan kiri dan mendapatkan rawatan di Hospital Besar Tawau. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek dipercayai bertindak di luar […]

Read More