Tempatan Utama

Nadher Chan Sumbang Pingat Kedua Sabah di SUKMA XXII Selangor

Nadher Chan Sumbang Pingat Kedua Sabah di SUKMA XXII Selangor

SELANGOR: Kontinjen Sabah menambah koleksi pingat di Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 menerusi atlet judo, Nadher Chan Yie Pah yang meraih pingat gangsa dalam kategori -66 kilogram (kg) lelaki hari ini.

Atlet berusia 18 tahun dari Putatan itu memulakan saingan dengan menewaskan wakil Johor pada pusingan awal sebelum mara ke separuh akhir.

Bagaimanapun, langkah Nadher terhenti di peringkat separuh akhir selepas tewas kepada wakil Sarawak.

Beliau kemudian bangkit dalam aksi penentuan pingat gangsa dengan menewaskan wakil Pulau Pinang bagi memastikan pingat gangsa menjadi milik Sabah.

Kejayaan itu turut menyaksikan Judo menyumbang pingat kedua Sabah setakat ini pada temasya SUKMA XXII Selangor 2026.

Pingat pertama Sabah sebelum ini diraih menerusi acara berbasikal mountain bike (MTB).

Kejayaan Nadher diharap menjadi suntikan semangat kepada Kontinjen Sabah untuk terus memburu lebih banyak pingat sepanjang temasya berkenaan.

Leave feedback about this

  • Rating