Tempatan Utama

Dua Lelaki Warga Asing Ditahan Bersama Syabu Dalam Op Tapis di Lahad Datu

 

LAHAD DATU, 12 Mac – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu menahan dua lelaki warga asing dalam dua tangkapan berasingan menerusi operasi Op Tapis.
Tangkapan pertama kira-kira jam 11 pagi di belakang bangunan Econsave melibatkan seorang lelaki berusia 25 tahun.

Pemeriksaan mendapati suspek memiliki satu paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki syabu seberat 0.46 gram. Ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif dadah.

Dalam tangkapan kedua kira-kira jam 11.30 pagi di Kampung Bakau, seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan selepas didapati memiliki dua paket plastik lutsinar berisi syabu seberat 5.33 gram serta dua gulung kertas timah (foil). Ujian saringan awal air kencing juga mendapati suspek positif dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Operasi itu mencerminkan komitmen berterusan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hj. Dzulbaharin Hj. Ismail bersama seluruh warga IPD Lahad Datu dalam memerangi jenayah dadah di daerah berkenaan.

Leave feedback about this

  • Rating