Ekonomi

SICC Dipenuhi 10,000 Pengunjung, Rumah Terbuka CNY Sabah Meriah

KOTA KINABALU: Lebih 10,000 pengunjung membanjiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran kerajaan negeri yang berlangsung meriah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Selasa.
Majlis penuh warna-warni itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin, serta Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.

 

Turut hadir memeriahkan acara ialah Menteri Pelancongan, Alam Sekitar dan Kebudayaan negeri, Jafry Arifin.

 

Sebagai simbolik perasmian, Tun Musa dan Hajiji mengetuai upacara memukul gendang sebelum bersama tetamu kenamaan lain menyertai tradisi mengaul Yee Sang yang menjadi lambang kemakmuran dan perpaduan masyarakat.

 

Pengunjung turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik daripada artis tempatan serta kumpulan tarian kebudayaan, menjadikan sambutan kali ini sebagai platform mengukuhkan keharmonian dan semangat muhibah dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Sabah.

Leave feedback about this

  • Rating