Tempatan Utama

Sabah Buka Pintu Pelaburan Norway Dalam Sektor Minyak dan Gas

Sabah Terbuka Terima Pelaburan Berkualiti Tinggi, Perkukuh Ekonomi Negeri

KOTA KINABALU: Sabah sentiasa terbuka menerima pelaburan berkualiti tinggi yang mampu memberi nilai tambah kepada ekonomi negeri, kata Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata, pelaburan sedemikian bukan sahaja mampu mewujudkan peluang ekonomi, malah memperkukuh rantaian bekalan tempatan serta memberi manfaat kepada rakyat.

Masidi berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat EInnovation & EPlug dari Norway yang diketuai presidennya, Evald Holstad, bersama rombongan di pejabatnya di sini.

Pertemuan berkenaan membincangkan potensi kerjasama dan prospek pelaburan di Sabah, khususnya dalam sektor minyak dan gas serta aktiviti hiliran berkaitan.

Menurutnya, kunjungan itu turut membuka ruang untuk memperkukuh hubungan antara Sabah dan Norway selain meneroka potensi baharu dalam sektor tenaga.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Holstad dan rombongan atas kunjungan berkenaan.

Turut hadir Pembantu Menteri Kewangan I, Datuk Ben Chong; Ketua Pegawai Eksekutif TAS Institute Oil and Gas, Datuk Willie Ng; serta Ketua Pegawai Korporat dan OGSE SMJE, Terry Biusing.

Leave feedback about this

  • Rating