
Semporna: Polis memberi amaran tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penyediaan dan penjualan makanan eksotik membabitkan hidupan liar dilindungi termasuk Pangolin (Manis javanica) atau tenggiling.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Tan Hiap Wah berkata, tiada lesen atau permit dikeluarkan untuk memiliki, menjual atau menyediakan spesies berkenaan sebagai makanan.
Kes boleh disiasat di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 Sabah dan jika sabit kesalahan, pelaku berdepan denda RM50,000 hingga RM250,000 serta penjara antara satu hingga lima tahun.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada pihak berkuasa, dengan jaminan identiti dirahsiakan.


Leave feedback about this