Gaya Hidup Sukan Tempatan Utama

Masidi Sumbang RM48,900 Sempena Borneo Scooter Gathering Di Ranau

RANAU, SABAH – Seramai lebih 1,300 orang berkumpul dalam Perhimpunan Penggemar Skuter seluruh Borneo telah diadakan di Kompleks Sukan Ranau yang telah dihadiri oleh ramai pengunjung dari Sabah, Brunei Darussalam dan Sarawak.

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, program permotoran amat dekat di hati belia dan anak muda di negeri Sabah, dan majlis seumpama ini amat baik sebagai platform peminat motorsikal berjenis skuter selain menyumbang kepada peningkatan ekonomi penduduk di sini.

“Semangat begini yang kita mahukan dan saya kagum melihat sokongan yang diberikan oleh semua peserta tidak kira tua atau muda tetap bersama-sama hadir pada hari ini. Saya harap kehadiran tuan-tuan dapat menyumbang sedikit sebanyak kepada peningkatan ekonomi orang tempatan di Ranau apabila tuan-tuan berbelanja disini.”

Masidi turut mengumumkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM 48,900 kepada penganjur sebagai galakan bagi menganjurkan program pada masa akan datang.

“Melihat sokongan yang ditunjukkan pada hari ini, saya dengan ini meluluskan permohonan peruntukan dana sebanyak RM 23,900 yang diminta oleh pihak penganjur. Tambahan itu, saya juga turut meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM 25,000 sebagai galakan kepada pihak penganjur untuk mengadakan program pada masa akan datang”, katanya semasa merasmikan Borneo Scooter Gathering, hari ini.

Selain itu, Masidi juga berkesempatan mengunjungi pameran Pertandingan Scooter Autoshow sambil bergambar bersama peserta-peserta yang hadir.

Antara aktiviti menarik yang diadakan termasuklah Taklimat daripada Agensi Andi Dadah (AADK) Sabah, Pertandingan Motor Tercantik, Persembahan Buskter Tempatan, Pertandingan Motor Perlahan, Pertandingan Tolak Motor, Pertandingan Teka Kunci Motor, Lumba Lari Berhelmet dan Cabutan Bertuah berupa Motor Skuter.

Hadir sama, Pengerusi Penganjur, Rudhi Hariyanto Ghazali, Ahli Dewan Belia Sabah Karanaan, Tn Syukri Saridih, Ahli Dewan Belia Sabah (Paginatan), Tn Adib Moin dan orang ramai.

Leave feedback about this

  • Rating