Ekonomi

JPJ Sabah Sekat Supra Mewah, Sita di Jalan Tuaran

Kota Kinabalu: JPJ Sabah menyita sebuah kereta mewah Toyota Supra milik seorang ahli perniagaan dalam Ops Khas Luxury di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, semalam.

 

Menurut Pengarah JPJ Sabah, Datuk Mohd Harris Ali, kenderaan itu disita kerana Lesen Kenderaan Motor (LKM) sudah tamat tempoh, tiada insurans yang sah, dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

 

Tindakan ini diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan kenderaan tersebut akan disiasat lanjut.

 

Beliau menegaskan bahawa JPJ akan terus menjalankan operasi seperti ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas, termasuk membawa kes ke mahkamah.

 

Leave feedback about this

  • Rating