
KOTA KINABALU: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar bersama rakannya di kawasan Pantai Tanjung Lipat, Teluk Likas, pada 21 Januari lalu.
Menurut hebahan media oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, mangsa dikenali sebagai Norlyana Binti Abdullah, berbangsa Bajau.
Difahamkan, kira-kira jam 4 petang, mangsa keluar dari rumah bersama seorang rakan baiknya. Bagaimanapun, rakan tersebut telah pulang ke rumah dalam keadaan selamat, manakala mangsa dipercayai meninggalkan rakannya di kawasan Pantai Tanjung Lipat sebelum dilaporkan hilang.
Usaha mengesan mangsa telah dijalankan oleh pihak keluarga dan polis, namun sehingga kini mangsa masih belum ditemui.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan mangsa diminta menghubungi IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Kerjasama dan keprihatinan orang ramai amat dihargai bagi membantu siasatan serta usaha mengesan mangsa.


Leave feedback about this