Ekonomi

Hilang Sejak 10 Februari! Wanita 28 Tahun Dari Bundusan Dicari Keluarga

LAHAD DATU: Kebimbangan menyelubungi sebuah keluarga apabila Julia Binti Maning, 28, gagal dihubungi sejak 10 Februari lalu.

Julia yang menetap di Beverly Hills, Bundusan sebelum ini memaklumkan hasrat untuk pulang ke kampung halamannya di Lahad Datu. Namun selepas itu, telefon bimbitnya tidak lagi dapat dihubungi.

Menurut keluarga, status sedih yang dimuat naik mangsa sebelum kehilangannya menambah lagi rasa risau terhadap keselamatannya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta segera menghubungi 016-2923329.

Leave feedback about this

  • Rating