Tempatan Utama

Hajiji Sampaikan Takziah Atas Pemergian Tun Dr Siti Hasmah

Hajiji Sampaikan Takziah Atas Pemergian Tun Dr Siti Hasmah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian isterinya, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Hajiji berkata, Allahyarhamah merupakan seorang tokoh yang disegani dan menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia menerusi jasa, sumbangan serta dedikasi beliau kepada negara.

“Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar yang pastinya dirasai oleh seluruh rakyat.

“Semoga Tun Dr Mahathir dan ahli keluarga diberikan ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi saat yang amat sukar ini,” katanya.

Beliau berkata, segala jasa dan bakti Allahyarhamah akan terus dikenang serta menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

Hajiji turut mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa dan menempatkan beliau dalam kalangan orang beriman serta beramal soleh.
“Al-Fatihah,” katanya.

Leave feedback about this

  • Rating