Tempatan Utama

Gempa Bumi Lemah Gegar Kuamut, Kinabatangan

Gempa Bumi Lemah Gegar Kuamut, Kinabatangan

KINABATANGAN: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 dikesan berlaku di Kuamut, Kinabatangan, Sabah pada jam 5.32 pagi, 26 September 2026.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa berkenaan berpusat pada koordinat 5.1° Utara dan 116.8° Timur.

Pusat gempa itu terletak kira-kira 34 kilometer barat daya Tongod, Sabah dan 223 kilometer barat laut Tarakan, Indonesia.

Gempa tersebut berlaku pada kedalaman 118 kilometer.

METMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian berkenaan.

Orang ramai dinasihatkan mengikuti maklumat dan kenyataan terkini daripada METMalaysia berkaitan aktiviti gempa bumi.

#GempaBumiMETMalaysia #myGempa #Kinabatangan #Kuamut #Sabah

Leave feedback about this

  • Rating