Ekonomi

BKKM Labuan Puji Peniaga Prihatin, Utamakan Kesihatan Pelanggan

LABUAN: Inisiatif seorang peniaga di bazar Ramadan di sini mencuri perhatian ramai apabila setiap makanan yang dijual dilengkapi label maklumat lengkap untuk rujukan pelanggan.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran Facebook oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Labuan yang memuji sikap prihatin peniaga berkenaan terhadap aspek keselamatan makanan.

Menurut perkongsian itu, setiap juadah bukan sahaja memaparkan nama produk, malah turut disertakan nama dan alamat pembekal, nombor telefon, tarikh bekalan diterima, senarai ramuan serta tempoh selamat untuk dimakan.

Langkah berkenaan dilihat sebagai amalan terbaik dalam memastikan pengguna mendapat maklumat jelas mengenai makanan yang dibeli, sekali gus meningkatkan keyakinan pelanggan.

Walaupun ada segelintir pihak beranggapan usaha tersebut tidak signifikan memandangkan harga makanan bazar yang relatif murah, BKKM Labuan menegaskan bahawa penyediaan label lengkap adalah satu tanggungjawab penting demi melindungi kesihatan awam.

Menurutnya, tindakan kecil seperti itu mampu memberi impak besar terutama dalam aspek kebersihan, pengesanan sumber makanan dan pencegahan keracunan makanan.

Leave feedback about this

  • Rating