Tempatan Utama

Jabatan Kebajikan kesan ibu kandung kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun

Jabatan Kebajikan kesan ibu kandung kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun

KOTA KINABALU: Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Daerah Beluran sedang mengesan ibu kandung seorang kanak-kanak lelaki, Nur Iman Abdullah, 8, yang dilahirkan pada 25 November 2018.

Pelindung Kanak-Kanak Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Daerah Beluran memaklumkan bapa kandung kanak-kanak berkenaan meninggal dunia pada 2025.

Menurutnya, bapa saudara Nur Iman, Haji Saratim bersama isterinya, Lianah Perin, hadir ke Pejabat Kebajikan Daerah Beluran pada 22 Disember 2025 untuk memaklumkan bahawa mereka menjaga kanak-kanak berkenaan selepas kematian bapanya.

Bagaimanapun, pasangan itu tidak lagi dapat meneruskan penjagaan disebabkan beberapa kekangan sebelum mengambil keputusan menyerahkan Nur Iman kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Daerah Beluran untuk tindakan selanjutnya.

Pihak Pelindung Kanak-Kanak kemudian mengarahkan keluarga Nur Iman supaya berusaha mengesan ibu kandungnya, namun sehingga kini wanita berkenaan masih gagal dikesan.

Pada 6 Ogos 2026, permohonan perintah sementara dibuat kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Daerah Beluran bagi menempatkan Nur Iman di Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu selama sebulan.

Langkah itu dibuat sementara menunggu perintah tetap bagi menentukan penempatan serta masa depan dan kesejahteraan terbaik kanak-kanak terbabit.

Sehubungan itu, pihak jabatan memohon mana-mana pihak yang mengenali ibu kandung Nur Iman supaya tampil ke Pejabat Kebajikan Daerah Beluran atau menghubungi Pelindung Kanak-Kanak, Mohd Hafiz Ahmad di talian 016-5528340.

Maklumat daripada orang ramai amat diperlukan bagi membantu mengesan ibu kandung Nur Iman dan seterusnya membolehkan keputusan terbaik dibuat berkaitan penempatan serta kebajikan kanak-kanak berkenaan.

Leave feedback about this

  • Rating