Tempatan Utama

Wanita Hilang: Polis Giat Kesan Ayu Majid, Mohon Bantuan Orang Ramai

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang wanita berusia 20 tahun yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kawasan Sinsuran, di sini.

Wanita terbabit dikenali sebagai Ayu binti Majid, berbangsa Bajau, yang sehingga kini masih belum dapat dikesan keberadaannya.

Menurut hebahan yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Ayu mempunyai ciri-ciri fizikal berbadan sedikit berisi, berketinggian kira-kira 150 sentimeter, berat badan sekitar 58 kilogram, berambut panjang dan mempunyai anak mata berwarna hitam.

Ketika kali terakhir dilihat, beliau dilaporkan memakai baju hitam berlengan pendek serta seluar panjang berwarna hitam.

Ketua Polis Balai Kota Kinabalu, ASP Muhammad Abu Zar Jali @ Ramli berkata, pihak polis sedang menjalankan usaha mengesan wanita berkenaan dan memohon kerjasama orang ramai bagi membantu siasatan.

Sehubungan itu, sesiapa yang mengenali atau mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Ayu diminta menghubungi ASP Muhammad Abu Zar di talian 019-3546375 atau Hotline Balai Polis Kota Kinabalu di talian 014-3094800.

Maklumat juga boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran.

PDRM turut merakamkan penghargaan atas kerjasama orang ramai dalam membantu usaha mengesan wanita terbabit.

Leave feedback about this

  • Rating