Tempatan Utama

Wanita Ditahan, Air Ketum dan Daun Ketum Bernilai RM975 Dirampas di Putatan

PENAMPANG: Seorang wanita tempatan berusia 43 tahun ditahan selepas polis merampas 30 botol cecair disyaki air ketum dan satu karung daun ketum dalam serbuan di Kampung Ulu Seberang, Putatan, pada 19 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Penampang kira-kira jam 1 petang itu turut membawa kepada rampasan peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses air ketum.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM975 dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Polis menegaskan tidak akan berkompromi terhadap kegiatan memproses dan menyalahgunakan air ketum serta menggesa orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu usaha penguatkuasaan.

Leave feedback about this

  • Rating