Tempatan Utama

Wanita Dakwa Bapa Disahkan Meninggal Dunia Masih Direkodkan Hidup

Wanita Dakwa Bapa Disahkan Meninggal Dunia Masih Direkodkan Hidup

SANDAKAN: Seorang wanita mendakwa berdepan situasi pelik apabila bapanya yang meninggal dunia pada 7 Februari 1984 didapati masih direkodkan sebagai hidup dalam rekod rasmi.

Lucian Mudim berkata, perkara itu diketahui selepas beliau mendapatkan maklumat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah ketika berusaha mencari salinan sijil kematian bapanya.

Menurutnya, rekod yang diperoleh menunjukkan nama bapanya masih aktif dan didaftarkan sebagai seorang wanita yang beralamat di Sandakan.

Susulan penemuan itu, beliau memohon bantuan orang ramai untuk berkongsi maklumat bagi mengesan individu berkenaan serta membantu menyelesaikan kekeliruan yang berlaku.

Leave feedback about this

  • Rating