
KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) secara rasmi memohon untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai parti komponen, sekali gus memperkukuh kerjasama politik tempatan di negeri ini.
Presidennya, Ewon Benedick berkata, permohonan itu dikemukakan dalam pertemuan bersama Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS hari ini.
Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat selepas Majlis Tertinggi UPKO yang bersidang pada 25 Mei lalu sebulat suara bersetuju untuk menyertai GRS selepas perbincangan di peringkat bahagian-bahagian parti.
Katanya, UPKO mahu menyumbang kepada penyatuan parti-parti tempatan Sabah dalam usaha memperkukuh pembangunan negeri serta memperjuangkan hak Sabah berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau turut berkata, perjuangan “Sabah First” yang dibawa UPKO selari dengan aspirasi Halatuju Sabah Maju Jaya 2.0 di bawah GRS yang menekankan elemen Sabah First, Sabah Prosper, Sabah Forward dan Sabah United.


Leave feedback about this