
KOTA KINABALU: Satu spesies tumbuhan baharu yang ditemui di Taman Bukit Tawau akhirnya disahkan oleh penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) selepas tersimpan tanpa identiti di herbarium selama 12 tahun.

Spesies dikenali sebagai Ardisia condensiflora itu diterbitkan secara rasmi dalam jurnal antarabangsa Phytotaxa pada 26 Mei lalu hasil kajian penyelidik Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), UMS bersama Singapore Botanic Gardens.
Tumbuhan tersebut ditemui di kawasan hutan dipterokarpa pamah campuran dan setakat ini hanya direkodkan di Taman Bukit Tawau, menjadikannya spesies endemik Sabah.
Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata penemuan itu membuktikan hutan Sabah masih menyimpan khazanah biodiversiti yang belum diterokai sepenuhnya.
Sementara itu, penyelidik utama Dr. Avelinah Julius berkata penemuan berkenaan menjadi peringatan bahawa masih banyak spesies di Borneo yang belum direkodkan oleh sains dan perlu dipelihara sebelum pupus.


Leave feedback about this