
TAWAU:Seorang lelaki warga asing ditahan polis selepas dipercayai mengugut ibunya dengan sebilah parang dalam kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Vietnam, di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.20 tengah malam akibat perselisihan keluarga apabila suspek berusia 30-an bertindak agresif dengan membawa parang dan lastik serta merosakkan dinding rumah.
“Perbuatannya menyebabkan mangsa yang berusia 60-an berasa takut dan terancam sebelum membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, suspek berjaya ditahan kira-kira jam 4.30 petang di kawasan sama dan polis turut merampas sebilah parang bersarung yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.


Leave feedback about this