Tempatan Utama

Sabah Tingkat Sistem Adat, Fokus Kukuh Institusi Mahkamah Anak Negeri

TONGOD: Kerajaan Negeri terus memperkukuh institusi Adat Anak Negeri di Sabah melalui pembangunan infrastruktur dan penambahbaikan sistem pentadbiran adat selaras Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), memetik laporan Warta Oriental.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata beberapa Mahkamah Anak Negeri telah dibina di daerah terpilih termasuk Tongod, Nabawan, Papar, Tamparuli, Sook dan Putatan, selain beberapa projek baharu di Kota Kinabalu dan Paitan yang sedang dalam proses tender.

Beliau menegaskan institusi adat perlu diperkasa dengan sistem lebih moden, pegawai berintegriti serta prosedur yang lebih efisien bagi memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara.

Bangunan Mahkamah Anak Negeri Tongod yang mula beroperasi awal tahun ini turut menjadi simbol pengukuhan institusi adat serta dijangka meningkatkan kecekapan perkhidmatan kehakiman adat di daerah berkenaan.

Leave feedback about this

  • Rating