Tempatan Utama

Remaja Perempuan 17 Tahun Dilaporkan Hilang di Kota Marudu

KOTA MARUDU: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di pekan Tandek sejak Jumaat lalu.

Remaja itu dikatakan keluar sekitar jam 7.25 malam pada 27 Mac tanpa memaklumkan kepada keluarganya dan masih belum pulang.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Simiun Lomudin berkata, laporan kehilangan diterima pada jam 8.23 malam, semalam, dan usaha mencari sedang giat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Sarjan Stephen Wan di talian 019-4695081 atau IPD Kota Marudu di 088-662449.

Leave feedback about this

  • Rating