Tempatan Utama

Remaja Perempuan 16 Tahun Dilaporkan Hilang di Menggatal, Polis Minta Bantuan Orang Ramai

Remaja Perempuan 16 Tahun Dilaporkan Hilang di Menggatal, Polis Minta Bantuan Orang Ramai

KOTA KINABALU, 12 November – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, Olivia Jeffrey, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Richdar, Menggatal, pada 7 November lalu.

Menurut maklumat yang dikongsikan oleh Polis Sabah, remaja berbangsa Dusun itu dipercayai keluar dari rumah sekitar jam 6 petang dan masih belum pulang sehingga kini.

Olivia mempunyai tubuh badan kurus, berkulit cerah, bermata hitam, berkening nipis serta berambut hitam ikal pendek dan kemas.

Ketika kali terakhir dilihat, remaja berkenaan memakai baju-T berwarna hitam bersama seluar panjang berwarna hitam.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui keberadaan Olivia diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerusi talian 088-529222.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Sjn Imelda Andereas di talian 016-8706064 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kerjasama orang ramai amat diperlukan bagi membantu usaha mengesan remaja berkenaan dan membawanya pulang dengan selamat.

Orang ramai diminta berkongsi maklumat ini bagi membantu usaha pencarian.

Leave feedback about this

  • Rating