Tempatan Utama

Remaja 15 Tahun Ditahan! Kes Hantar Gambar Lucah Kepada Pelajar Perempuan

TAWAU: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan polis selepas disyaki menghantar gambar lucah kepada seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun melalui media sosial.

Suspek ditahan di kawasan Jalan Melati, Off Jalan Kuhara kira-kira jam 1.10 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau berkata, kejadian berlaku pada 29 April lalu ketika mangsa berada di sebuah restoran makanan segera sebelum menerima mesej berunsur lucah melalui TikTok.

Polis turut merampas telefon bimbit suspek dan kes disiasat di bawah akta berkaitan kesalahan seksual kanak-kanak serta komunikasi dan multimedia.

Leave feedback about this

  • Rating