Tempatan Utama

Rampasan Petrol Lebih RM55,000, KPDN Perhebat Penguatkuasaan di Semporna

SEMPORNA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna menerima dua kes serahan membabitkan rampasan sebanyak 1,350 liter minyak petrol yang disyaki melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menurut kenyataan KPDN Sabah, kedua-dua kes berkenaan melibatkan nilai rampasan keseluruhan melebihi RM55,000.

Kes pertama membabitkan tangkapan oleh Batalion N22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak di Jeti Kayu, Jalan Kastam, apabila seorang individu ditahan bersama sebuah bot laju, enjin sangkut serta 175 liter minyak disyaki petrol dengan nilai rampasan dianggarkan RM50,747.25.

Sementara itu, kes kedua melibatkan rampasan tanpa tuan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna di sebuah rumah atas air di Kampung Srijaya, membabitkan 1,175 liter minyak disyaki petrol bernilai kira-kira RM5,017.25.

KPDN menegaskan akan terus mempergiat usaha membanteras penyelewengan barang kawalan bagi memastikan bekalan sampai kepada golongan sasaran. Orang ramai juga digalakkan menyalurkan maklumat melalui saluran rasmi KPDN.

Leave feedback about this

  • Rating