Tempatan Utama

Prihatin Nasib Rakyat Sabah, Agong Salur RM500,000 Kepada Mangsa Kebakaran

Kerajaan Negeri Sabah menjunjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas keprihatinan Baginda mengurniakan sumbangan berjumlah RM500,000 bagi membantu mangsa-mangsa kebakaran di Kudat dan Sandakan.

Hajiji Noor berkata, sumbangan tersebut mencerminkan keprihatinan serta kasih sayang Baginda terhadap rakyat Sabah yang ditimpa musibah.

Menurut beliau, bantuan itu amat bermakna khususnya kepada mangsa tragedi kebakaran di Kampung Gumpa, Kudat dan Kampung Bahagia, Sandakan yang menyebabkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal serta harta benda.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah akan terus memperkukuh usaha penyelarasan bantuan, pengurusan pusat pemindahan sementara serta memastikan kebajikan semua mangsa sentiasa terpelihara.

Hajiji turut mendoakan agar Allah SWT memberkati Sultan Ibrahim serta mengurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan kepada Baginda. Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku. Menjunjung Kasih Tuanku.

Leave feedback about this

  • Rating