
KOTA KINABALU: Polis Sabah merampas 159.8 kilogram syabu bernilai RM7.99 juta dan menahan tiga individu termasuk seorang wanita dalam Op Bayu 9 yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini pada 22 Mei lalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Jauteh Dikun berkata, operasi itu membawa kepada penemuan 156 bungkusan syabu yang disorokkan di sebuah apartmen dan kenderaan di Inanam.
Beliau berkata, ketiga-tiga suspek warga tempatan berusia antara 18 hingga 49 tahun ditahan bagi membantu siasatan, manakala polis kini memburu tiga lagi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket berkenaan.
Menurutnya, jumlah dadah yang dirampas dianggarkan mampu digunakan lebih 454,000 penagih dan kejayaan itu berjaya menghalang bekalan berkenaan daripada memasuki pasaran tempatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Leave feedback about this