
KUDAT: Kerajaan meluluskan lebih RM31 juta bagi menaik taraf infrastruktur serta kemudahan rakyat di Pulau Banggi, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, antara projek utama yang akan dilaksanakan ialah naik taraf Jalan Kampung Limbuak Laut–Kampung Pengkalan Darat di pulau itu dengan kos hampir RM44 juta.
Selain itu, sebanyak RM1.25 juta turut diperuntukkan bagi pelbagai program melibatkan pendidikan, teknologi hijau dan kesihatan untuk manfaat penduduk setempat.
Kerajaan juga meluluskan RM1 juta bagi kerja menaik taraf jeti di Kampung Dogoton, Pulau Banggi bagi kegunaan penduduk serta agensi penguat kuasa.
Dalam pada itu, Anwar turut mahu prestasi SMK Banggi sebagai pusat pembangunan modal insan terus dipertingkatkan dan meminta laporan mengenainya disediakan dalam tempoh dua minggu.
Beliau berkata demikian ketika lawatan kerja ke Pulau Banggi hari ini.
Sumber BERNAMA


Leave feedback about this