Tempatan Utama

Perselisihan Faham Punca Pergaduhan Di KDCA

PENAMPANG: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung beberapa insiden pergaduhan yang berlaku di kawasan Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) semasa sambutan Pesta Kaamatan baru-baru ini yang tular di media sosial.

Rakaman video yang tersebar memaparkan lebih daripada satu pergaduhan di lokasi berbeza melibatkan beberapa kumpulan individu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Erwansyah Abdul Basir berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara individu terlibat.

Menurut beliau, pergaduhan tersebut tidak melibatkan penggunaan senjata dan berjaya dilerai oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Katanya, beberapa individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan, manakala polis sedang mengenal pasti semua pihak yang terlibat serta mengesan saksi kejadian.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan dan mengganggu ketenteraman awam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu diminta tampil menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu siasatan lanjut.

Leave feedback about this

  • Rating