Tempatan Utama

Perhatian Pengguna: Gangguan Sementara Aplikasi Sabah Smart Parking

KOTA KINABALU, 30 Jun 2026 – DBKK Holdings Sdn. Bhd. memaklumkan bahawa aplikasi Sabah Smart Parking (SSP) kini mengalami gangguan operasi sementara yang menyebabkan beberapa fungsi utama aplikasi tidak dapat diakses atau mengalami masalah log masuk.

Antara perkhidmatan yang terjejas ialah pembayaran caj letak kereta secara digital, semakan dan pembayaran kompaun, pembelian Pas Parkir Bulanan, tambah nilai kredit (top-up), serta akses kepada modul iBERSIH dan beberapa perkhidmatan lain.

Sehubungan itu, pihak pengurusan mengesahkan bahawa tiada tindakan penguatkuasaan pengeluaran kompaun akan dilaksanakan sepanjang tempoh gangguan aplikasi ini.

DBKK Holdings Sdn. Bhd. memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh para pengguna. Usaha sedang giat dijalankan bagi memulihkan sistem supaya aplikasi Sabah Smart Parking dapat kembali beroperasi seperti biasa secepat mungkin.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pejabat Pengurusan Tempat Letak Kereta DBKK Holdings di Tingkat 1, KK Plaza Shopping Complex, Kota Kinabalu menerusi talian 088-270 181 / 088-270 182 atau telefon bimbit 012-7690181.

Pihak pengurusan mengucapkan terima kasih atas kesabaran, kerjasama dan kefahaman semua pengguna sepanjang tempoh gangguan ini.

Leave feedback about this

  • Rating