Tempatan Utama

Penerima Bantuan SYUKUR Meningkat, Kini Libatkan 140,000 Rakyat Sabah

140,000 Penerima Nikmati Manfaat SYUKUR Fasa Kedua Tahun Ini

KOTA KINABALU: Seramai 140,000 penerima di seluruh Sabah mendapat manfaat menerusi Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) yang kini memasuki fasa kedua pelaksanaannya pada tahun ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun, berkata kerajaan negeri kekal komited memperkukuh pelaksanaan Program SYUKUR serta pelbagai inisiatif di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai, jumlah penerima Program SYUKUR meningkat daripada 993 Ketua Isi Rumah (KIR) pada 2025 kepada 1,624 KIR tahun ini.

Katanya, bagi Parlimen Kalabakan pula, jumlah penerima turut meningkat daripada 3,254 KIR pada tahun lalu kepada 5,263 KIR pada tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Sarifuddin Hata (WARISAN-Merotai) mengenai jumlah ketua isi rumah miskin yang menerima bantuan bulanan SYUKUR sebanyak RM200 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Leave feedback about this

  • Rating