
KOTA KINABALU: Seorang pemandu tampil memohon maaf kepada pengguna jalan raya yang mungkin terjejas sepanjang perjalanannya dari Kota Kinabalu ke Tawau melalui Kalabakan selepas terpaksa memandu laju kerana kecemasan melibatkan anaknya yang demam.
Pemandu berkenaan mengakui terdapat beberapa situasi yang mungkin menyebabkan pengguna jalan raya lain berasa tidak selesa, termasuk kejadian membrek secara mengejut ketika memotong kenderaan.
Beliau menjelaskan tindakannya bukan disengajakan, sebaliknya didorong oleh kebimbangan terhadap keadaan anaknya yang mengalami demam secara tiba-tiba dan berisiko diserang sawan sekali lagi.
“Saya minta maaf kepada semua pemandu yang terlibat sepanjang laluan Umas-Umas hingga Merotai. Saya bukan sengaja memandu laju, tetapi dalam keadaan cemas kerana anak saya sakit,” katanya.


Leave feedback about this