Tempatan Utama

Pemandu drag maut kereta hilang kawalan di garisan penamat

SANDAKAN: Seorang pemandu drag maut selepas kenderaan dipandu hilang kawalan dan terbabas ke kiri litar perlumbaan ketika melepasi garisan penamat, semalam.

Dalam kejadian jam 4.44 petang itu, mangsa Abang Adib Abang Ali, 36, warga Brunei disahkan meninggal dunia di Hospital Duchess Of Kent (HDOK).

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan K Ramasamy berkata, hasil siasatan awal polis mendapati mangsa adalah peserta dalam acara Drag Battle.

“Hasil siasatan mendapati pada masa kejadian ketika kenderaan yang dipandu mangsa melepasi garisan penamat, telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri litar perlumbaan.

“Mangsa tersepit dalam kenderaan yang dipandunya dan dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke HDOK untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia pada jam 5.25 petang.

“Mayat mangsa kini berada di Unit Forensik HDOK untuk proses bedah siasat dan kes disiasat dan diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.

Sementara itu, RCO Motorsport Club dalam kenyataan rasmi, semalam berkata penganjuran Acara Sandakan Drag Battle R3 2024 terpaksa dibatalkan di atas kejadian yang berlaku.

“Kami memohon maaf di atas pembatalan acara ini dan kami mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan anda.

“Kami turut berdukacita dengan apa yang berlaku dan semoga segala urusan dipermudahkan,” katanya.

Terdahulu, insiden itu turut tular selepas rakaman video berdurasi 13 saat menunjukkan kereta.

Leave feedback about this

  • Rating