
KOTA MARUDU – Sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Menggatal, Kota Kinabalu ditemui semula kira-kira 110 kilometer dari lokasi kejadian selepas dikesan polis ketika rondaan di Taman Marudu, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, anggota Mobile Patrol Vehicle (MPV) IPD Kota Marudu menemui motosikal dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan sebelum pemeriksaan dilakukan.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Simiun Lomudin berkata, semakan nombor casis dan enjin melalui sistem MCAD mendapati motosikal itu dilaporkan hilang di Menggatal.
Seorang lelaki tempatan berusia 18 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan berkaitan curi kenderaan.


Leave feedback about this