
KOTA KINABALU: Anak Sabah, Mohd Aydiel Izzuddin Madri mengharumkan nama Malaysia apabila muncul juara dunia pada Dance World Cup Finals 2026 di Dublin, Ireland.
Aydiel meraih tempat pertama dalam kategori Senior Solo National and Folklore (Lelaki) sebelum dinobatkan sebagai Grand Finals Winner – Senior Male 2026, iaitu pengiktirafan tertinggi kepada penari lelaki senior terbaik pertandingan.
Beliau yang juga pengasas Illeagle Freedom dan Pengerusi Persatuan Arusan Tari Malaysia disifatkan berjaya mengangkat seni budaya Malaysia ke pentas antarabangsa menerusi bakat, dedikasi dan kreativiti dalam setiap persembahan.
Kejayaan itu menjadi kebanggaan Sabah dan negara, selain diharap menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus mengejar kecemerlangan dalam bidang seni tari.


Leave feedback about this