Tempatan Utama

MetMalaysia Jangka Ribut Petir dan Laut Bergelora

 

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan luruan angin monsun akan memasuki negara bermula 19 hingga 23 Februari ini.

Keadaan itu dijangka membawa cuaca lebih lembap dengan ribut petir serta hujan lebat berterusan di Sabah dan Sarawak.

Selain itu, angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di perairan Laut China Selatan. Amaran angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan berkuat kuasa 18 hingga 21 Februari.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman rasmi MetMalaysia dan aplikasi myCuaca.

Leave feedback about this

  • Rating