Tempatan Utama

Menteri: Projek Stadium Likas Dua Kini Di Peringkat Reka Bentuk

TAWAU: Menteri Pembangunan Belia, Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Nizam Abu Bakar Titingan berkata pembinaan Stadium Likas Dua yang telah diluluskan Kabinet negeri merupakan langkah strategik bagi memperkukuh infrastruktur sukan Sabah.

Menurut beliau, projek itu kini berada di peringkat perincian reka bentuk dan dijangka memulakan pembinaan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Katanya, stadium baharu tersebut akan menjadi alternatif kepada Kompleks Sukan Likas sedia ada serta menyediakan kemudahan yang lebih moden untuk kegunaan atlet dan penganjuran kejohanan berskala besar.

Beliau turut memaklumkan bahawa usaha menaik taraf fasiliti sukan akan dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negeri, termasuk di Kompleks Sukan Tawau, bagi memastikan kemudahan yang ada terus memenuhi keperluan semasa dan menyokong pembangunan sukan Sabah.

Sumber Utusan Borneo

Leave feedback about this

  • Rating