Tempatan Utama

Masidi Sumbang Rm10,000 kepada Pertubuhan Alumni Rumah Anak Yatim Tambunan

26 Disember 2023

TAMBUNAN : Pertubuhan Alumni Rumah Anak Yatim Tambunan Sabah (RAYTS) telah melangsungkan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung kali pertama bertempat di Rumah Anak Yatim Tambunan hari ini.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membentuk Jawatankuasa Pertubuhan Alumni Rumah Anak Yatim Tambunan Sabah bagi sesi 2024 serta merangka aktiviti dan program Rumah Anak Yatim Tambunan.

Yang Berhomat Datuk Seri Panglima Hj Masidi Bin Manjun, Menteri Kewangan Negeri Sabah telah hadir sebagai perasmi seterusnya menyempurnakan majlis.

Berucap dalam majlis ini,
“Saya melihat terdapat keperluan dari segi dana bagi pihak ALUMNI Rumah Anak Yatim. Oleh itu, saya memberikan sumbangan awal sebanyak RM 10,000 bagi tujuan perbelanjaan dan pengurusan ALUMNI.

“Kalau boleh, saya mencadangkan agar pihak pertubuhan ALUMNI segera membuka akaun bagi tujuan membantu pelajar disini menyambung pelajaran pada masa hadapan”, katanya.

Turut hadir, YBhg. Tn Jumain Abdul Ghani, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Negeri Sabah (JHEAINS), Tuan Hj.Awang Syairin Bin Awang Bakar ( Tim.Pengerusi Perbadanan BaitulMal negeri Sabah),Tn Abdul Rauf Abas (Pengetua Rumah Anak Yatim Tambunan), Ustaz Abdul Rusdi Abdul Kadir (Pengerusi Pertubuhan ALUMNI Rumah Anak Yatim Tambunan) dan orang ramai.

Leave feedback about this

  • Rating