Tempatan Utama

LKTNS serah pendapatan, dividen RM21.3 juta kepada peneroka di Sabah

KOTA KINABALU: Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) menyerahkan pendapatan dan dividen berjumlah RM21.3 juta kepada wakil peneroka dan peserta dari Wilayah Pantai Timur dan Pantai Barat Sabah di sini hari ini.

Cek cura pendapatan dan dividen itu diserahkan oleh Pengurus Besar LKTNS, Datuk Syaheddrul R Joddari kepada wakil peneroka, Mohd Adzlie Jaidih dan disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, pada majlis ringkas di pejabat Ketua Menteri di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Safar Untong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin.

Syaheddrul berkata, walaupun berdepan pelbagai cabaran, LKTNS kekal komited memastikan kebajikan peneroka dan peserta terpelihara melalui pengurusan berhemah serta strategi pembangunan yang mampan.

Katanya, agihan dividen dan pendapatan kepada 2,119 peneroka LKTNS ini juga sebagai tanda menyokong komitmen kerajaan negeri dan Persekutuan dalam membasmi kemiskinan dan memperkukuh ekonomi masyarakat luar bandar.

Leave feedback about this

  • Rating