
Rifdean Masdor, mencipta detik membanggakan apabila meraih kemenangan knockout (K.O) ke atas lawannya dari Iran, Jovad Mozafari, sekali gus melayakkan beliau menerima kontrak eksklusif bersama onefc.com�.
Kemenangan bergaya itu bukan sahaja menghadiahkan bonus kepada Rifdean, malah membuka lembaran baharu dalam kariernya apabila berjaya menempatkan diri dalam organisasi seni bela diri terbesar di Asia.
Kejayaan tersebut menjadikan Rifdean atlet Malaysia ketiga yang memiliki kontrak eksklusif bersama ONE Championship selepas Johan Ghazali dan Aliff Rakib.
Sebagai anak Sarawak yang mewakili Borneo, pencapaian Rifdean dilihat sebagai satu inspirasi kepada generasi muda di Sabah dan Sarawak untuk terus mengejar impian dalam bidang sukan.
Semangat juang dan dedikasi yang dipamerkannya membuktikan anak Borneo juga mampu bersaing dan mencipta nama di pentas antarabangsa.
Kejayaan ini sekali lagi mengangkat nama Borneo dalam arena sukan tempur dunia serta menjadi kebanggaan rakyat Malaysia keseluruhannya.


Leave feedback about this