Tempatan Utama

Koh Yuna bantu Malaysia juarai ITF Asia Tenggara Bawah 12 Tahun

KOTA KINABALU: Bintang muda tenis Sabah, Koh Yuna mencipta kejayaan membanggakan apabila membantu skuad Malaysia muncul juara Kejohanan Berpasukan ITF Asia Tenggara Bawah 12 Tahun (U12), baru-baru ini.

Dalam kejohanan itu, Malaysia menampilkan aksi cemerlang apabila menewaskan Vietnam, Filipina, Thailand dan Singapura sebelum menundukkan Indonesia pada perlawanan akhir untuk muncul juara.

Koh Yuna yang berasal dari Kota Kinabalu menjadi antara tonggak penting skuad negara sepanjang kejohanan berkenaan.

Atlet muda itu mula menceburi sukan tenis sejak usia lapan tahun dan menjalani latihan awal di Stadium Tenis Likas sebelum menyerlah dalam pelbagai kejohanan peringkat negeri serta kebangsaan.

Prestasi konsistennya membuka peluang untuk mewakili Malaysia di pentas antarabangsa dan terus membuktikan kemampuan di peringkat serantau.
Kejayaan di Asia Tenggara itu menjadi pencapaian terbesar setakat ini dalam perjalanan awal kariernya yang semakin menyerlah.

Selepas ini, Koh Yuna dijadual sekali lagi mewakili Malaysia ke Kejohanan Akhir ITF Asia Bawah 12 Tahun pada September 2026.

Sumber Utusan Borneo

Leave feedback about this

  • Rating