
TAWAU: Sebanyak RM130 juta diluluskan kerajaan bagi kerja-kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan di Sabah bagi tahun ini, kata Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi.
Bagi daerah Tawau, katanya, sebanyak RM9.979 juta peruntukkan diluluskan untuk tujuan sama.
“Pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan tersebut adalah di bawah pengawasan sepenuhnya oleh pihak JKR Sabah iaitu pihak yang telah dilantik sebagai wakil Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan selepas turun padang memantau kerja-kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan di daerah ini, hari ini.
Tinjauan ini bagi meneliti prestasi pelaksanaan dan keberkesanan pelan mitigasi yang diambil dalam melaksanakan kerja pembaikan jalan tersebut.
Dalam lawatannya itu, Alexander meninjau dua lokasi iaitu di Jalan Persekutuan R13 Jalan Sandakan – Tawau yang menjadi laluan ke Lapangan Terbang Tawau yang mengalami kerosakan struktur jalan dan pembetung.

Katanya, lokasi pertama ialah seksyen 249.77 sepanjang 0.55 kilometer (km) yang melibatkan kerosakan struktur jalan dan Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia akan mempertimbang untuk memberi kelulusan peruntukkan di lokasi berkenaan yang dilihat berisiko kepada pengguna jalan raya.


Leave feedback about this