
TANJUNG MALIM: Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, melancarkan Inisiatif Bantuan Graduan Rindu Sabah (GRS) SubFly 2026 yang memberi manfaat secara langsung kepada 2,772 pelajar Sabah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Beliau berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan anak-anak Sabah yang menuntut ilmu di perantauan, kerana pendidikan merupakan kunci masa depan negeri.
Dalam ucapannya, Hajiji mengingatkan pelajar supaya sentiasa mendapatkan maklumat tepat mengenai usaha dan dasar kerajaan negeri serta tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang tidak sahih.
Beliau turut menyeru anak-anak Sabah yang menimba ilmu di luar agar kembali berkhidmat dan menyumbang kepakaran kepada negeri suatu hari nanti.
Menurutnya, Sabah memerlukan tenaga muda, idea baharu dan semangat anak watan untuk memastikan pembangunan negeri terus maju dan mampan.


Leave feedback about this