
KOTA KINABALU: Datuk Seri Hajiji Noor secara rasmi mengambil alih tugas sebagai Pengerusi Tanjung Aru Eco Development (TAED) hari ini.
Penyerahan jawatan dibuat oleh bekas pengerusi, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Menara Kinabalu.
Majlis itu turut disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Peguam Besar Negeri Datuk Brenndon Keith Soh, Setiausaha Tetap Kewangan Datuk Mohd Sofian Alfian Nair serta Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman.
Hadir sama ialah Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Sabin Samitah, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Datuk Bernard Liew dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Philemon Lajawai.


Leave feedback about this