
KOTA KINABALU: Sabah FC melantik bekas Ketua Jurulatih Skuad B-23 Kebangsaan Malaysia, Juan Torres Garrido sebagai Ketua Jurulatih baharu pasukan itu.
Pengumuman dibuat Pengurus Sabah FC, Mohd Arziz Afizy hari ini. Juan Torres menggantikan Alto Linus yang sebelum ini memangku jawatan berkenaan selepas peletakan jawatan Jean-Paul de Marigny pada Disember lalu.
Juan Torres dijadual memulakan tugas rasmi ketika Sabah FC menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Likas, Sabtu ini.
Pihak pengurusan yakin pengalaman serta pengetahuan beliau mengenai Liga Malaysia mampu memperkukuh kedudukan pasukan dalam saingan musim 2025/2026, selain menyasarkan kemaraan ke final MFL Challenge Cup.


Leave feedback about this