Tempatan Utama

JIM Sabah Hantar Pulang 166 PATI Filipina Ke Tawi-Tawi

KOTA KINABALU: Seramai 166 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dipindahkan pulang ke negara asal menerusi program pemindahan tahanan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, semalam.

Kesemua mereka dihantar dari Depot Imigresen Kota Kinabalu dan Sandakan ke Pelabuhan Bongao, Tawi-Tawi, Filipina melalui Pelabuhan Lahad Datu menggunakan feri komersial.

Pemindahan itu membabitkan 143 lelaki dewasa, enam wanita dewasa serta 17 kanak-kanak berusia antara empat bulan hingga 66 tahun. Semua tahanan telah selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang dan memiliki dokumen perjalanan sah sebelum dihantar pulang.

Sehingga kini, JIM Sabah telah memindahkan pulang 2,428 warga Filipina dan 70 warga China daripada keseluruhan 3,625 tahanan PATI warga asing yang direkodkan.

JIM Sabah turut menegaskan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana majikan yang menggaji atau melindungi warga asing tanpa dokumen sah mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Leave feedback about this

  • Rating