Tempatan Utama

Jalan Keningau-Kimanis, Keningau-Tenom ditutup sepenuhnya akibat tanah runtuh

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah menutup dua laluan utama di negeri ini susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku di kedua-dua laluan terbabit.

JKR Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan jalan terbabit yang terjejas ialah Jalan Keningau-Tenom di Kilometer KM151.950/142.250 ditutup sepenuhnya bermula jam 9 pagi Sabtu.

Katanya, penutupan itu disebabkan faktor keselamatan akibat kejadian tanah runtuh yang berpunca daripada hujan berterusan.

“Kerja-kerja pemantauan serta penyediaan laluan lencongan (diversion) di bahu jalan sedang dijalankan.

“Bagaimanapun, sekiranya keadaan cuaca masih tidak mengizinkan dan runtuhan masih aktif, penutupan jalan terpaksa dilanjutkan sehingga laluan disahkan selamat untuk digunakan,” katanya.

Beliau juga memaklumkan laluan alternatif yang boleh digunakan adalah di Jalan Tenom – Sipitang dengan melalui daerah Sipitang.

Sementara itu, dalam pemakluman sama, JKR turut mengeluarkan notis penutupan sepenuhnya Jalan Keningau- Kimanis di Kilometer KM14.300 untuk tujuan sama disebabkan tanah runtuh berserta batu yang masih aktif.

“Laluan altenatif yang boleh digunakan adalah melalui Tambunan di Jalan Kota Kinabalu- Kenjngau – Tenom.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan menggunakan laluan alternatif yang disediakan.

“JKR memohon maaf dengan segala kesulitan yang timbul dan menghargai kerjasama serta kesabaran semua pihak,” katanya.

Sementara itu, laluan Kota Kinabalu – Sindumin selepas Jambatan Bukau tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan akibat banjir dan limpahan air sungai.

“Pasukan Emergency Response Team (ERT) Projek Lebuhraya Pan Borneo Pakej 2 sudah berada di lokasi untuk memantau keadaan banjir dan akan mengemaskini maklumat dari masa ke semasa,” katanya.

Leave feedback about this

  • Rating