
RANAU: Sebuah inap desa di Kundasang ranap akibat tanah runtuh selepas berlakunya hujan lebat di kawasan terbabit.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian jam 5.30 petang itu bagaimanapun tidak membabitkan kehilangan nyawa berikutan tiada penghuni ketika kejadian berlaku.
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.32 petang.
“Kita menggerakkan sepasukan tiga anggota bersama jentera ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi.
“Setiba di lokasi didapati berlaku kejadian tanah runtuh dan menyebabkan kerosakan sebuah inap desa.
“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dan tindakan pasukan bomba membuat pemantauan,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, pasukan bomba menasihatkan penduduk di sekitar untuk berpindah ke tempat selamat.
Sepasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Ranau turut berada di lokasi kejadian.
Sumber UtusanBorneo


Leave feedback about this