Tempatan Utama

Imigresen Sabah Hantar Pulang 166 PATI ke Filipina

Lahad Datu: Seramai 166 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Filipina telah dipindahkan pulang ke negara asal melalui Pelabuhan Lahad Datu dalam Program Pemindahan Tahanan PATI oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah.

Menurut rekod Depot Imigresen Negeri Sabah, kumpulan tahanan yang dipindahkan terdiri daripada 118 lelaki dewasa, 20 wanita dewasa, 12 kanak-kanak lelaki dan 16 kanak-kanak perempuan.

Kesemua mereka telah selesai menjalani proses perundangan di Malaysia serta disahkan melalui verifikasi dokumen perjalanan oleh pihak kedutaan asing di negara ini.

Dengan pemindahan terbaharu ini, jumlah keseluruhan PATI yang telah dihantar pulang ke negara asal kini mencecah 2,183 orang.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah dalam kenyataannya turut menegaskan komitmen berterusan dalam menangani isu PATI serta menyeru orang awam supaya tidak melindungi atau menggaji pendatang tanpa izin.

Orang ramai juga digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti PATI melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di https://spab.gov.my⁠� atau Sistem Pertanyaan Online (SPO) di https://eapp.imi.gov.my⁠�

— Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah

Leave feedback about this

  • Rating